Monday, January 18, 2010

Pengalaman Yang Sukar Dilupakan

Pada semester kali ini, aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dan mengajar dalam suasana dalam kelas pendidikan khas. Bidang utama aku ialah pendidikan khas masalah pembelajaran atau singkatannya ialah LD. Dalam bidang LD ini, terdapat juga pecahan-pecahan lain mengikut subjek pengajaran masing-masing dan aku merupakan guru bagi matapelajaran Bahasa Melayu.

Seronoknya pada pengajaran sem ini, aku berpeluang untuk terlibat sama dengan guru-guru masalah pendengaran yang mengajar Bahasa Melayu. Di samping itu, pengajaran pada kali ini tambah menarik dengan melibatkan penggunaan teknologi terkini. Teknologi yang aku gunakan pada kali ini realatifnya digunakan bagi subjek Kajian Tindakan. Kajian Tindakan merupakan proses refleksi guru terhadap sesi pengajaran mereka bukan untuk menjadikan pengajaran mereka terbaik tetapi bersesuaian dengan keperluan dan kehendak kelas yang diajar. Dengan kata lain, kajian tindakan ini menjadikan guru lebih fleksibel dalam semua situasi.

Pada pengajaran mikro dan makro, aku telah memilih untuk menggunakan video, gambar dan tahap pengajaran ialah Bahasa Melayu Tahap 4. Video digunakan sebagai set induksi dan gambar pula pada aktiviti pengajaran. Tema yang dipilih kali ini ialah Melawat Zoo Negara. Penggunaan video ialah bagi merangsang pengetahuan sedia ada pelajar supaya mereka minat dan tertarik dengan sesi pengajaran selain merangsang pengalaman mereka untuk menerima pelajaran baru.

Penggunaan gambar pula diambil berdasarkan haiwan-haiwan tertentu. Haiwan yang dipilih merujuk kepada haiwan yang semakin pupus. Bagi aku, sesi pengajaran bukanlah semata-semata untuk menghabiskan sukatan, sebaliknya nilai yang ingin disampaikan. Aku lebih mementingkan pengajaran nilai. Nilai pengajaran pada kali ini ialah menghargai haiwan-haiwan yang semakin pupus.

Berikut ialah gambar-gambar yang digunakan dalam sesi pengajaran tersebut.







Berikut ialah video yang digunakan sebagai set induksi.

No comments:

Post a Comment