Monday, January 18, 2010

Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Masalah Pembelajaran

Pendidikan merupakan suatu yang unik dan penting bagi semua makhluk di dunia ini. Tanpa ilmu, tidak mungkin keberlangsungan di dunia ini mampu diteruskan. Walaubagaimanapun, masih terdapat insan yang tidak berupaya untuk mengambil peluang pembelajaran ini kesan daripada kekurangan yang ada pada diri sendiri. Ya, memang semua orang mempunyai tahap kefahaman yang berbeza namun terdapat suatu penanda aras yang standard bagi menentukan tahap kefahaman yang standard ini.

Di Malaysia khususnya, pengajaran bagi subjek khususnya untuk masalah pembelajaran diajar mengikut pola. Contohnya pola KV+KV yang merujuk kepada Konsonan Vokal + Konsonan Vokal. Contoh perkataan adalah seperti BOLA. Hal ini berbeza bagi pengajaran untuk pelajat tipikal. Daripada pengajaran pola ini, pelajar berkeperluan khas akan menuju tahap demi tahap. Terdapat 4 tahap bagi pengajaran Bahasa Melayu. Tahap 1 dan 2 merujuk kepada tahap rendah manakala tahap 3 dan 4 merujuk kepada tahap tinggi.

Kesimpulannya, pengajaran Bahasa Melayu bagi pelajar berkeperluan khas bukan semudah yang disangka. Hal ini melibatkan pemecahan unit-unit pengajaran kepada bentuk yang lebih kecil. Tujuannya hanya satu iaitu pemahaman pelajar agar matlamat utama pendidikan khas iaitu 3M yang merujuk khusus kepada menulis dapat dikuasai oleh pelajar tersebut. Harapan utama dari guru pendidikan khas ialah agar pelajar tersebut dapat meneruskan keberlangsungan hidup di dunia ini. Semoga dunia mampu terus 'hidup' dengan usaha mereka walaupun usaha mereka tidak semegah kudrat orang lain.

No comments:

Post a Comment